Unjuran oblik ("serong") ialah jenis lukisan teknikal unjuran grafik ringkas untuk menghasilkan imej dua dimensi (2D) objek tiga dimensi (3D).
Objek yang dilakar tidak berada dalam perspektif, dan oleh itu, tidak sepadan dengan mana-mana pandangan objek yang boleh diperolehi secara praktikal, tetapi teknik ini memberi hasil yang agak meyakinkan dan berguna.
Unjuran oblik biasanya digunakan dalam lukisan teknikal. Unjuran kavalier digunakan oleh pelukis ketenteraan Perancis pada abad ke-18 untuk menggambarkan kubu pertahanan.
Unjuran oblik digunakan hampir secara universal oleh artis Cina dari abad ke-1 atau ke-2 hingga abad ke-18, terutamanya untuk menggambarkan objek bersegi lurus seperti rumah.[1]
Pelbagai teknik unjuran grafik boleh digunakan dalam grafik komputer, termasuk dalam reka bentuk terbantu komputer (CAD), permainan komputer, animasi janaan komputer, dan kesan khas yang digunakan dalam filem.